profile affiliates free page refresh follow

disclaimer
Hello peeps! Anyeong Haseyo. Hello, you've stepped onto my blog. Please behave yourself. Don't take anything from this blog. I know which one is mine.

Messeji


Smile! Smile! Smile!


Arigatou
Template was made by
Miichiko. Thanks to Pixel-diary for the cute pixels and icons.


Riccarton Capsule Hotel, Titiwangsa
Monday, May 28, 2018 | 0 comments
Assalamualaikum.


Seperti yang diceritakan kelmarin, aku jadi backpackers sekejap. Baru nak merasa katako, kena la berani buat walaupun sorang-sorang je.  Even bukan luar negara, bukan travel sana sini lagi. Takpa satu hari nanti ok. Cerita dia macam ni sebenarnya, unplanned gila punya babe.

Last week, aku memang busy gila-gila. Tidur malam pun tak cukup mana dahlah bulan puasa, busy siapkan assignment la. hekhek

Minggu ni pula mid-term break baru start, tapi aku rasa macam tak puas la kalau tak reward diri sendiri. Nak dating pun susah gila sekarang. Itu pasal la aku meroyan nak merayap. So, khamis malam tu ada la budak jual tiket dia dekat group aras whatsapp, aku terus beli dekat dia, tiket pergi KL je pun. Dalam kepala otak aku duk pikiaq nak pergi bermalam dekat Capsule Hotel ni je. Aku dah lama weh survey hotel ni, kebetulan dia buat promosi murah nauuuu. 

Can you imagine Jumaat tu aku ada test, presentation, submit assignment. Banyak weh kerja aku tak settle tapi dalam kepala otak ni dah fikir nak holiday and rest kan otak je. Alhamdulillah, semua settle dengan sempurna tapi presentation pula postponed. Kena hadap lagi weh next week. 

So, ceritanya bas aku ke KL pukul 3 petang. Sampai sana pukul 5lebih juga la. Tak kemana pun, sebab hotel ni area Titiwangsa, pegi jela Times Square untuk berbuka je sebab monorail satu lane nak pergi Titiwangsa , kahkahh. Jalan-jalan kejap lepastu terus pergi Titiwangsa. Oh btw, sampai sana kena ambil Grab sebab jauh weh nak berjalan. Memang tak boleh berjalan ok. 

Sampai sana, OMG aku terpana dengan suasana dalam hotel dia. Dia simple je sebenarnya tapi cantik ya amat. Then, I booking capsule room through Booking.com dapat murah lagi weh. Kita pun masuk register semua, Lepas tu, dia akan bagi kita bag yang berisi slipper and towel. Ini kerana, hotel ni sangat-sangat menjaga kebersihan and nak suruh kita selesa dengan suasana dia la juga kan. 

Mula-mula check in lagi dia dah suruh kita jaga kebersihan, wow amazing. Masuk je pintu hotel kita akan nampak locker banyak tau, tu function dia untuk kita simpan kita punya shoes and sepanjang dalam hotel kita guna slipper dia je ok. 

Capsule hotel ni sangat sangat sesuai untuk backpackers and aku jumpa ramai backpackers uolls. Settle je bahagian reception, keluar je pintu lif depan kita berderet locker-locker untuk kita simpan barang, bag, makanan ke apa semua la. Aku kan ada cakap aku banyak kali survey pasal hotel ni, based on other blogger, dia ada bagitahu yang better kita siap-siap mandi baru pergi dekat capsule tu. Maybe for hygiene environment la. So, aku ikut la apa yang aku baca tu kan, excited weh. 

Aku pun siap-siap la barang untuk mandi and pakaian untuk tidur senang settle semua boleh relax relax dalam capsule. Then, masuk je toilet wuuu seronok sebab tak ada orang kahkah. Toilet pun not bad, siap sediakan shower and shampoo, hair dryer. Semua ok la

Dah settle semua, akhirnya tiba masa untuk ke capsule. Benda paling aku excited nauuu. Dia macam bilik-bilik and dalam satu bilik ada 12capsule or 8capsule. Masuk je dalam tu sejuk wehh,aircond sejuk nak mati tapi dalam capsule tu tak lah sejuk mana pun. Dalam capsule tu environment dia macam dekat angkasa lepas. lol

Ok la cun gilaaa, ada smart tv, wifi pun laju. Bila kau stay je dalam capsule tu kau taktau pun apa yang berlaku dekat luar, taktau la hujan ke ribut ke, tapi bila orang atas kiri kanan kau memekak, itu dengar. Oh, dekat sini memang tak boleh buat bising, tak boleh bawak makanan. Tapi aku bawak je untuk sahur esok. 

Aku rasa aircond dia tak sejuk pun, tapi bila kau dah tidur esok kau bangun fuhh terus selsema. Tidur dalam ni memang tak sedar apa-apa, bahaya betul. Nasib baik aku set alarm untuk sahur and untuk check out esok sebab lepas sahur tidur balik. kahkah. Memang tak sedar, tidur sini memang untuk betul-betul rehatkan minda. Sunyi sepi je. Nice. Kita rasa kita sorang je wujud dekat situ ✌


Nah, iolls sertakan sekali dengan gambar-gambar.


locker for shoe

pandangan masuk pintu utama


omeyy tak slipper kita


locker untuk barang-barang kita


suasana dalam bilik, sorry bila flash 
buruk pulak gambar ni


my capsule 😺


my bed 😎

smart tv tapi bosan layan wifi lagi syok

Ok la banyak dah bebel, time to sleep. GN 🌃


FUTURE
PAST